วันพุธที่ 20 พฤษภาคม พ.ศ. 2563

Ulama Lulusan Al-Azhar yang Terawal di Alam Melayu.


Universiti Al-Azhar yang terletak di Mesir sangat berjasa dalam perkembangan ilmu dan dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak dari zaman Salahuddin al-Ayyubi iaitu pada abad ke-12.

Namun begitu, apa yang tercatat dalam sejarah, pelajar pertama dari Alam Melayu yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir ialah Kiyai Haji Abdul Manan at-Tarmasi yang berasal dari Termas, Jawa sebagaimana yang dicatatkan oleh Martin van Bruinessen.

Kiyai Haji Abdul Manan al-Tirmasi adalah datuk kepada Syeikh Mahfuz at-Tarmasi, ulama hadith Alam Melayu yang mendunia. Beliau telah belajar di Universiti Al-Azhar sekitar tahun 1850.

Zaman sebelumnya, pelajar-pelajar dari Alam Melayu kebiasaannya akan belajar di Mekah dan Madinah seperti mana Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri.

Namun begitu, Syeikh Nuruddin ar-Raniri telah menukilkan dalam Bustanus Salatin bahawa ketika zaman pemerintahan Sultan Hussain Ali Riayat Syah (1568 -1579), terdapat seorang ulama yang berasal dari Mesir yang bernama Syeikh Nuruddin telah datang ke Aceh. Beliau seterusnya menetap dan wafat di Aceh. Syeikh Nuruddin ini turut dikenali sebagai Muhammad al-Azhari.

Al-Azhari itu jelas sekali adalah laqab (gelaran) bagi Syeikh Nuruddin yang mana kebiasaannya dipakai oleh para ulama lulusan Al-Azhar. Dengan itu, saya berpendapat bahawa Syeikh Nuruddin atau Syeikh Muhammad al-Azhari yang berasal dari Mesir ini berkemungkinan adalah seorang ulama lulusan Universiti Al-Azhar yang terawal tiba di Alam Melayu.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

Sumber : Hasanuddin Yusof Official, 20 Mei 2020.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น

  SEJARAH DAN KERUNTUHAN  KERAJAAN PATANI DARUSSALAM  oleh :  Nurul Shafiqah Shafif 1.0 Pengenalan Kerajaan Patani merupakan antara kerajaan...